Indahnya Akhlak Kanjeng Nabi Muhammad SAW

Sarkub Share:
Share

Anas Bin Malik R.A. seorang pembantu sekaligus sahabat yang lama berkhidmat kepada Kanjeng Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. pernah berkata: "Tak pernah kulihat orang yang lebih penyayang terhadap keluarganya melebihi Rasulullah S.A.W."

Aisyah R.A. meriwayatkan, "Jika Rasulullah tinggal di rumahnya, baginda sangat lemah-lembut, suka tersenyum dan tertawa."

Contoh baik sikap dan pendirian beliau dalam berdakwah ialah kesabaran dan ketabahan menghadapi segala rintangan dan penentangan.

Baginda Nabi menyeru kepada orang-orang terkemuka Kota Thaif agar mentauhidkan Allah. Mereka bukan saja tidak menerima seruan itu tetapi juga mengerahkan pemuda-pemuda dan orang-orang jahat untuk mencaci-maki, menyoraki dan melempari baginda dengan batu sehingga kepala beliau SAW berdarah-darah.

Pada peristiwa lain Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam kepada orang ramai yang mengerjakan haji di Mekkah tetapi seruannya tidak diterima malah beliau disakiti.

Begitu pula saat baginda NAbi mendakwahkan Islam kepada masyarakat di Mekkah, Abu Lahab berteriak mengatakan Muhammad murtad dari agamanya dan Muhammad adalah seorang pendusta, tetapi Baginda Nabi menghadapi semuanya dengan sabar dan tabah.

Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul seseorang dengan tangannya kecuali karena fi sabilillah. Baginda Nabi juga tidak pernah berdendam kepada seseorang karena sesuatu yang dilakukan atas diri dan pribadinya.

Tidak pernah seseorang yang datang kepada baginda, tak perduli ia orang merdeka atau hamba sahaya yang mengadukan keperluannya melainkan dipenuhi hajat mereka.

Apabila baginda Nabi bertemu dengan salah seorang sahabatnya, baginda Nabi akan mengulurkan tangan untuk berjabat tangan. Begitu juga terhadap tamu yang datang, baginda Nabi hormati sehingga kadang-kadang beliau hamparkan bajunya untuk tamu itu duduk di atasnya seperti kepada kaum Nasrani dari Najran. Baginda Nabi sering memberikan bantal kepada orang yang datang supaya dia dapat bersandar.

Apabila dalam majelis yang ramai, baginda Nabi akan mencurahkan perhatiannya kepada semua orang hingga seolah-olah ke semua anggota majlisnya; pendengaran, percakapan, kehalusan budi pekerti dan perhatiannya dicurahkan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di majelis itu.

Baginda Nabi lebih suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati dan memikat hati mereka. Yang tidak memiliki gelar panggilan, baginda Nabi akan memberinya nama gelaran bukan saja kepada sahabat lelaki tetapi juga kepada wanita dan anak-anak.

Baginda Nabi tidak berbicara jika tidak perlu, juga tidak pernah mengatakan sesuatu atau marah kecuali yang benar, dan apabila marah segera reda.

Apabila mendengar orang berbicara yang kurang baik, baginda Nabi akan memalingkan mukanya dari orang itu. Jika ada sesuatu yang harus disampaikan tetapi baginda Nabi tidak menyukainya, maka baginda rasul menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran. Dalam semua pembicaraan baginda Nabi akan menggunakan kata-kata yang baik dan nasihat-nasihat yang berguna.

Baginda Nabi tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah memaafkannya. Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa tentara musyrikin yang berdiri di kepala baginda dengan sebilah pedang seraya berkata kepada baginda,

"Siapakah yang dapat mempertahankan engkau daripada pedangku ini?"

Rasulullah S.A.W.menjawab dengan tegas : "Allah." Dengan jawaban itu gementarlah tangan orang musyrikin itu dan pedang yang dipegangnya itu jatuh dari tangannya. Pedang itu diambil oleh Rasulullah S,A.W. tetapi baginda Nabi tidak membunuhnya malahan membebaskannya walaupun baginda Nabi  bisa membunuhnya.

Dalam peristiwa lain, seorang Arab dusun kencing di dalam masjid. Para sahabat bertindak akan memukul orang itu tetapi dihalangi oleh baginda Nabi. Orang itu dinasihati oleh baginda Nabi dengan kata-kata yang baik. Begitu juga saat baginda dan orang-orang Islam berhasil menguasai Kota Mekkah, baginda Nabi tidak membalas dendam kepada orang-orang yang dahulunya sering menganggu dan menyakiti orang-orang Islam.

Walaupun baginda seorang nabi dan rasul, akan tetapi baginda tetap melakukan hal-hal yang dikerjakan oleh para sahabat sepert ; Pada suatu ketika dalam perjalanan, beberapa orang sahabat berencana untuk menyembelih seekor kambing dan membagikan dagingnya di antara mereka. Seorang bertugas menyembelih dan seorang lagi bertugas memasak daging. Rasulullah bersabda bahwa baginda bersedia mengumpulkan kayu-kayu. Para sahabat berkata :

"Ya Rasulullah, kami yang akan lakukan"

Rasulullah menjawab, "aku tahu bahwa kamu semua akan melakukannya dengan senang hati tetapi aku tidak mau menjadi orang yang paling terkemuka di kalangan kumpulan ini dan Allah tidak menyukainya."

Di rumah, baginda juga membantu isteri-isterinya. Baginda membetulkan sendiri kasurnya, menjahit pakaian dan memerah susu kambing.

Banyak lagi contoh akhlak terpuji nabi Muhammad SAW yang patut dikaji, diteladani dan disebarkan. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.adalah teladan yang paling baik. Barang siapa yang mengikutinya akan diridhai Allah dan akan selamat di dunia dan akhirat.

Sumber : Diceritakan oleh Habib Ali Toha Assegaf, Mkub (Ahli kesehatan obat kimia dan herbal)

 

Subscribe

Thanks for read our article for update information please subscriber our newslatter below

No Responses

Leave a Reply