Akibat Menghina Waliyullah

Sarkub Share:
Share

Syeikh Abdul Wahhab Asy Sya'rani berkata:Guruku Syeikh Muhammad Syinnawi adamenyebutkan bahawa: Ada seorang lelaki dari kalangan ulama' soleh yang terbesar di Mahallah Kubra bernama Syeikh Syamsuddin Abu al-Ghaith.Pada suatu hari,beliau telah singgah di Bulak.Dilihatnya orang ramai sedang turun dari kenderaan mereka dan berebut2 menuju ke tempat di mana sambutan maulid Sayyid Ahmad al-Badawi sedang diadakan.

Beliau tidak bersetuju dan berkata: Apakah yang sedang mereka heboh2kan ini,seolah2 seperti menziarahi maqam Rasulullah ﷺ ? Mereka ini semua terlalu mengagungkan Sayyid Ahmad Badawi!!

Seorang syeikh yang berada di situ telah berkata pula kepadanya: Sayyid Ahmad al-Badawi adalah seorang wali Allah yang hebat.Di tempat ini,tiada seorang manusia pun yang memiliki maqam (kedudukan) yang lebih tinggi daripada maqam (kedudukan) Sayyid Ahmad al-Badawi.

Walaubagaimanapun,seorang daripada hadirin di situ telah menjemput Syeikh Syamsuddin Abu al-Ghaith untuk duduk makan bersamanya.Beliau telah menerima tawaran itu.Ketika beliau sedang makan,tiba2 tulang ikan telah tersangkut di kerongkongnya.Berbagai usaha dan ikhtiar telah dicuba untuk mengeluarkannya,namun semuanya tidak berhasil.

Akibat dari peristiwa ini,beliau tidak lagi dapat makan,minum,tidur dengan sempurna.Dan selama waktu itu,beliau tidak ingat langsung tentang punca musibahnya itu.Namun,setelah sembilan bulan berlalu,tiba2 beliau telah teringat kembali akan sebabnya.Syeikh Syamsuddin Abu al-Ghaith pun berkata: Bawalah aku ke Maqam Sayyid Ahmad al-Badawi.

Beliau pun dibawa orang ke sana.Di Maqam Sayyid Ahmad al-Badawi,beliau pun membaca Surah Yaasin.Tiba2-tiba beliau bersin. Maka keluarlah tulang ikan itu dari kerongkongannnya disertai dengan darah dan daging. Setelah itu, beliau pun berkata: Aku bertaubat kepada Allah dengan kemuliaan Sayyid Ahmad al-Badawi. Semenjak peristiwa itu, kesihatan Syeikh Syamsuddin Abu al-Ghaith pun beransur pulih kembali.

Sumber : Rujukan Tobaqat al Kubro,Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'rani Jilid 1 Halaman 158-159

 

 

Subscribe

Thanks for read our article for update information please subscriber our newslatter below

2 Responses

  1. Muhamad Yusup29/05/2015 at 08:29Reply

    Allohumma sholli ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad

  2. Oki Yosi29/05/2015 at 10:43Reply

    sidi ahmad badawi allah yarham …

Leave a Reply